MBSB Bank terus memperkukuh perkhidmatan kiriman wang antarabangsa menerusi GET (Global Easy Transfer) yang dikuasakan oleh Wise Platform, dengan sokongan kini diperluaskan daripada 12 kepada 20 mata wang.
GET menawarkan pengalaman pemindahan wang antarabangsa yang lebih pantas, telus dan mudah dijejaki menerusi platform perbankan digital MJourney.
Pelanggan boleh melakukan pemindahan sehingga RM150,000 sehari, selain menikmati kadar pertukaran asing yang kompetitif, kos yang dipaparkan lebih awal serta ciri penjejakan transaksi secara masa nyata.
Antara mata wang baharu yang kini disokong termasuk Vietnam, Kanada dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan bagi keperluan seperti pembayaran pendidikan, bantuan keluarga, urusan perniagaan dan simpanan di luar negara.
Menurut MBSB Bank, penggunaan GET menunjukkan pertumbuhan ketara apabila jumlah transaksi meningkat 250 peratus pada 2026 berbanding 2025, manakala jumlah pengguna unik turut meningkat lebih dua kali ganda.
Lebih menarik, lebih 90 peratus pelanggan GET melakukan transaksi berulang sepanjang tahun lalu, mencerminkan peningkatan kebergantungan terhadap perkhidmatan kiriman wang digital untuk urusan kewangan rentas sempadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Berhad, Rafe Haneef, berkata pertumbuhan GET mencerminkan perubahan keperluan pelanggan yang kini mahukan perkhidmatan pemindahan wang yang lebih pantas, jelas dan mudah dijejaki.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse, berkata GET dibangunkan berdasarkan tiga perkara yang menjadi keutamaan pelanggan iaitu kepantasan, ketelusan dan keterlihatan transaksi.
Kerjasama dengan Wise Platform turut diperkukuh bagi memastikan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan untuk melakukan pembayaran antarabangsa melalui platform perbankan yang mereka gunakan.
GET kini boleh diakses oleh pelanggan sedia ada MBSB Bank menerusi MJourney, manakala pelanggan baharu boleh membuka akaun secara dalam talian untuk menikmati kemudahan tersebut.








Leave a comment