Andi Bernadee kembali dengan single terbaharu “Aku Nak Kahwin”, sebuah lagu santai yang mengangkat realiti kehidupan golongan single yang masih menunggu jodoh. Lagu ini mengetengahkan tema tekanan sosial dan keluarga, dengan mesej jujur tentang keinginan untuk membina hubungan halal dan bahagia.

Berbeza daripada trend lagu patah hati, “Aku Nak Kahwin” tampil dengan vibe lebih ringan, positif dan relatable, menjadikannya mudah dekat dengan pendengar. Gabungan elemen nyanyian dan rap turut memberikan warna unik dalam penyampaian Andi.
Single ini juga menjadi pembuka kepada album penuh beliau, “Ding Geding”, selepas melalui cabaran kesihatan sebelum ini.
“Aku Nak Kahwin” kini boleh distrim di semua platform digital bermula 17 April 2026.








Leave a comment