Jabat Erat Fringe Arts Festival 2026 bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada Jun ini sebagai antara festival seni indie paling dinanti tahun ini. Dianjurkan oleh Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd., festival ini bukan sekadar acara, tetapi gerakan komuniti seni yang meraikan budaya D.I.Y dan kreativiti tanpa batas.
Berlangsung di Odeon KL, Jabat Erat menghimpunkan lebih 20 artis termasuk artis antarabangsa bakal membuat persembahan termasuk Yellow Fang (Thailand), Dom 65 (Indonesia), Megumi Acorda (Filipina), Coaltar of the Deepers(Jepun), Faye Faire, Bayangan, Hawa, , Tripping Haze Ceremony, Quarter Life, Dogtooth, The Garrison, The World Ends With You, , Speedwitches, Swindle, Playburst, Man Dead Set, Soft, Pogowolves, Viona, The Impatient Sisters, Amrita Soon, Women & Children, Leaism dan Straw Lim merangkumi pelbagai genre seperti rock, punk, shoegaze, metal, dan indie.

Festival ini terbuka kepada semua peringkat umur dan memberi fokus kepada penglibatan belia, komuniti serta bakat baharu dalam industri seni. Selain persembahan muzik, Jabat Erat turut menjadi platform untuk band indie, label rakaman dan usahawan kreatif berkongsi ilmu serta memperluas jaringan.
Acara ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 5 hingga 7 Jun 2026, dengan tiket dijual bermula RM118. Tiket boleh didapati secara dalam talian melalui platform rasmi LOKÉT.
Jabat Erat Fringe Arts Festival bukan sahaja festival muzik, tetapi sebuah gerakan seni yang menghubungkan komuniti tempatan dan antarabangsa, sekaligus mengangkat industri kreatif Malaysia ke tahap lebih tinggi.

SAVE THE DATE!
JABAT ERAT akan berlangsung selama tiga hari penuh tenaga iaitu pada Jumaat, 5 Jun – Ahad, 7 Jun 2026.
Lokasi: ODEONKL Tiket festival ditawarkan pada harga berikut:
- Pra-jualan: RM118, RM178 dan RM218
- Jualan umum: RM138, RM198 dan RM238
THE SOUNDS
”LIKE YOUR FAVORITE MIXTAPE”
Apapun selera anda: Electro Pop, Psych, Acoustic, Reggae, Hardcore, Punk, Shoegaze, Grunge, Darkwave, Funk, Metal, Post-Rock, atau Folk Rock.








Leave a comment