34 model TV dan soundbar baharu Samsung menerima pensijilan antarabangsa TÜV Rheinland, menggabungkan inovasi teknologi premium dengan usaha pengurangan jejak karbon.

Bayangkan satu dunia di mana TV bukan sahaja memberikan kualiti gambar yang menakjubkan, tetapi pada masa yang sama turut membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Itulah arah tuju baharu yang dibawa oleh Samsung Electronics menerusi barisan produk TV dan audio 2026 yang dihasilkan sesuai dengan kelestarian alam.

Dengan 34 model yang kini diiktiraf oleh TÜV Rheinland, Samsung bukan sekadar memperkenalkan teknologi lebih canggih tetapi juga menetapkan standard baharu di mana inovasi boleh bergerak seiring dengan kelestarian.

Dari TV OLED hinggalah soundbar premium HW-Q990H, setiap produk direka dengan fokus yang lebih bertanggungjawab terhadap jejak karbon tanpa menjejaskan kualiti pruduk Samsung dikalangan pengguna.

Dalam dunia teknologi hari ini, inovasi bukan lagi sekadar tentang prestasi atau reka bentuk tetapi juga tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar. Itulah yang cuba dibawa oleh Samsung Electronics menerusi barisan produk TV dan audio mereka bagi tahun 2026.

Terbaru, Samsung mengumumkan bahawa sekitar 34 model dalam lineup TV dan soundbar 2026 mereka telah menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland yang merupakan sebuah badan pensijilan antarabangsa yang berpangkalan di Jerman.

Pensijilan ini bukan sekadar simbol tetapi ia membuktikan usaha berterusan Samsung dalam mengurangkan jejak karbon dalam setiap produk premium mereka.

Menurut Taeyong Son, pendekatan ini adalah sebahagian daripada visi besar Samsung dalam dunia inovasi. Bagi beliau, teknologi masa depan perlu hadir bersama nilai kelestarian, di mana pengguna tidak lagi perlu memilih antara prestasi tinggi atau produk yang lebih mesra alam — kedua-duanya boleh wujud dalam satu pakej.

Dalam pencapaian terbaru ini, sebanyak 14 model premium berjaya meraih pensijilan Product Carbon Reduction. Antara produk yang terlibat termasuk TV OLED 2026, model lifestyle seperti The Frame Pro, serta soundbar flagship HW-Q990H. Pensijilan ini diberikan kepada produk yang bukan sahaja memenuhi piawaian jejak karbon, tetapi juga menunjukkan pengurangan emisi berbanding model sebelumnya.

Dalam masa yang sama, 20 lagi produk termasuk TV berteknologi Micro RGB dan Mini LED menerima pensijilan Product Carbon Footprint. Pensijilan ini menilai keseluruhan kitaran hayat produk — dari proses pembuatan, penghantaran, penggunaan, hingga ke pelupusan — bagi memastikan impaknya terhadap alam sekitar berada pada tahap minimum.

Apa yang menarik, model soundbar HW-Q990H turut berjaya memperoleh kedua-dua pensijilan tersebut. Ini menunjukkan bahawa usaha Samsung dalam aspek kelestarian bukan hanya tertumpu kepada paparan visual semata-mata, tetapi turut melibatkan produk audio mereka.

Jika dilihat dari perspektif sejarah, ini bukanlah langkah pertama Samsung dalam arena ini. Seawal tahun 2021, TV Neo QLED mereka telah menjadi TV pertama dengan resolusi 4K ke atas yang menerima pensijilan pengurangan karbon. Sejak itu, Samsung terus memperluaskan usaha ini ke pelbagai kategori produk termasuk QLED, OLED, monitor dan juga paparan komersial.

Dalam masa yang sama, Samsung masih mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global yang mendominasi pasaran TV dunia selama lebih 20 tahun, serta kekal sebagai jenama soundbar nombor satu dunia selama lebih satu dekad.

Ini membuktikan bahawa fokus terhadap kelestarian tidak menghalang prestasi, malah menjadi nilai tambah kepada jenama itu sendiri.

Leave a comment

1,384 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |