Daripada bilik darjah ke pentas kebangsaan, malah buat pertama kalinya ke layar perak, Goodday KidSTART 4.0 tampil dengan pendekatan lebih luas dalam mencungkil bakat keusahawanan generasi muda.
Goodday Milk kembali menganjurkan Goodday KidSTART 4.0 dengan menawarkan pengalaman lebih menyeluruh kepada kanak-kanak yang berminat dalam bidang keusahawanan, inovasi dan kreativiti.
Memasuki musim keempat, program yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai program kidpreneur terbesar di Malaysia itu kini berkembang melangkaui pertandingan menerusi pembelajaran praktikal, bimbingan mentor dan pembangunan idea perniagaan.
Lebih istimewa, buat pertama kalinya perjalanan peserta akan diangkat ke layar perak menerusi sebuah filem khas bagi memperkenalkan kreativiti serta semangat keusahawanan anak-anak Malaysia kepada khalayak lebih luas.
Sejak diperkenalkan, Goodday KidSTART mencatat perkembangan memberangsangkan apabila jumlah penyertaan meningkat daripada 340 peserta pada musim pertama kepada 8,000 pelajar pada Musim 3.
Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), inisiatif ini turut melengkapi pembelajaran di sekolah dengan memberi pendedahan kepada kemahiran menyelesaikan masalah, komunikasi dan pemikiran kreatif.
Bagi musim terbaharu, peserta akan melalui beberapa peringkat termasuk siri jelajah sekolah, bengkel, bootcamp dan sesi bimbingan bersama pakar sebelum finalis terbaik beraksi di Grand Finale.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd. merangkap jurucakap Goodday Milk, Amy Gan berkata, selepas tiga musim penganjuran, pihaknya melihat keperluan untuk membawa program tersebut ke tahap lebih tinggi.
Menurutnya, penghasilan filem khas bukan sekadar menjadikan KidSTART lebih besar, malah memberi peluang kepada idea dan perjalanan peserta untuk terus dikongsi serta mendapat perhatian masyarakat, khususnya ibu bapa dan keluarga.
Beliau turut menegaskan bahawa Goodday Milk percaya perkembangan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada pemakanan yang baik, tetapi juga pembentukan minda, kreativiti, rasa ingin tahu dan keyakinan diri.
Penyertaan Kini Dibuka, Hadiah Bernilai RM60,000 Menanti
Peluang menyertai Goodday KidSTART 4.0 kini dibuka kepada kanak-kanak di seluruh Malaysia yang mempunyai minat dalam bidang inovasi dan keusahawanan.
Untuk menyertai program ini, peserta perlu menghantar video berdurasi satu minit yang memperkenalkan diri serta mengetengahkan idea perniagaan masing-masing menerusi laman web rasmi Goodday KidSTART.
Seramai 300 peserta terbaik akan dipilih untuk mengikuti bengkel dalam talian dan bootcamp, selain menerima bimbingan pakar bagi memperkemas idea serta kemahiran pembentangan.
Peserta yang berjaya melepasi peringkat seterusnya akan mara ke Grand Finale untuk membentangkan idea perniagaan kepada panel juri dan penonton secara langsung.
Menariknya, finalis berpeluang merebut sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai RM60,000 bagi membantu merealisasikan dan mengembangkan idea perniagaan mereka.
Penyertaan boleh dibuat menerusi laman web rasmi https://gooddaykidstart.my/.
Orang ramai juga boleh mengikuti media sosial Goodday Milk untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini.









Leave a Reply