Siapa yang tidak mengimpikan percutian ke Bali? Pulau eksotik ini terus menjadi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia, khususnya pasangan yang baru berkahwin yang ingin mencipta momen manis bersama insan tersayang. Dengan gabungan keindahan alam, budaya yang unik dan suasana yang menenangkan, Bali kekal sebagai destinasi impian sepanjang masa.
Bali bukan sekadar destinasi pelancongan biasa. Keunikan budaya, keindahan alam semula jadi serta gaya hidup masyarakat tempatan menjadikan pulau ini sentiasa berada dalam senarai lokasi percutian impian.
Terbaharu, jenama hospitaliti antarabangsa, Novotel, secara rasmi membuka Novotel Bali Ubud Resort — sebuah resort yang direka khas untuk menawarkan pengalaman percutian yang lebih bermakna, seimbang dan menyegarkan.
Berbeza daripada resort biasa, Novotel Bali Ubud Resort mengetengahkan konsep “Longevity Everyday”, iaitu gaya hidup sihat yang menekankan keseimbangan antara tubuh, minda dan emosi.
Pendekatan ini merangkumi pemakanan sihat, rehat yang berkualiti, aktiviti fizikal serta hubungan sosial yang positif — menjadikan setiap penginapan bukan sekadar percutian, tetapi peluang untuk ‘reset’ diri dari kesibukan harian.

Terletak di kawasan hutan tropika yang menghijau, resort ini menawarkan suasana damai jauh dari hiruk-pikuk bandar. Lokasinya juga cukup strategik, hanya kira-kira 30 minit dari Ubud serta berhampiran Kintamani dan Gunung Batur. Keindahan lembah hijau dan udara segar menjadikan ia pilihan ideal untuk percutian healing, honeymoon romantik mahupun percutian keluarga.

Dari segi rekaan, resort ini menampilkan elemen seni bina Bali yang autentik dengan sentuhan moden. Terdapat 159 bilik yang dilengkapi balkoni peribadi dengan pemandangan hutan atau kolam infiniti. Penggunaan material semula jadi serta susun atur yang minimalis memberikan suasana yang tenang dan selesa, sesuai untuk mereka yang ingin benar-benar berehat.
Pengalaman kulinari di resort ini juga tidak kurang menarik. Restoran Siralada menawarkan gabungan hidangan tradisional Bali dan antarabangsa dengan fokus kepada bahan segar serta nutrisi seimbang. Sementara itu, The Social Hub di lobi menjadi ruang santai untuk menikmati snek ringan dan minuman segar dalam suasana yang lebih kasual.

Bagi yang gemarkan aktiviti, pelbagai pilihan menarik disediakan untuk melengkapkan pengalaman percutian. Antaranya termasuk berbasikal di kampung tradisional, hiking ke Gunung Batur untuk menyaksikan matahari terbit, aktiviti rafting, lawatan ke air terjun, kelas tarian Bali serta bengkel kraftangan.
Selain itu, sesi yoga dan meditasi harian turut ditawarkan bagi membantu tetamu mencapai ketenangan dalaman. Untuk pasangan pula, pengalaman seperti kelas masakan Bali dan makan malam romantik di bawah langit berbintang pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Menariknya, tidak lama lagi kawasan ini bakal menempatkan Vimala Pavilion, sebuah glass chapel eksklusif di Ubud yang sesuai untuk majlis perkahwinan dengan latar belakang hutan tropika yang memukau. Ia dijangka menjadi antara lokasi perkahwinan paling unik dan romantik di Bali.


Dalam masa yang sama, resort ini turut memberi penekanan terhadap kelestarian alam sekitar. Tanpa penggunaan plastik sekali pakai serta penggunaan perabot dan hasil seni daripada artisan tempatan, Novotel Bali Ubud Resort membuktikan komitmennya dalam menjaga alam sambil menyokong komuniti setempat.
Menurut pihak Accor, trend pelancongan masa kini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap pengalaman yang lebih tenang, bermakna dan dekat dengan alam. Resort ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan tersebut, sama ada untuk pasangan, keluarga mahupun individu yang ingin berehat dari rutin harian.
Sempena pembukaan, Novotel Bali Ubud Resort menawarkan promosi istimewa bermula dari IDR 2,300,000++ untuk satu malam termasuk sarapan bagi dua orang. Tawaran ini sah untuk tempahan sehingga 30 April 2026.
Selain itu, ahli ALL Accor turut berpeluang mengumpul mata ganjaran yang boleh digunakan untuk pelbagai pengalaman dalam rangkaian hotel tersebut.
Terletak di Banjar Semaon, Desa Puhu, Payangan Gianyar, Bali, Indonesia, resort ini bukan sekadar destinasi penginapan, tetapi sebuah pengalaman percutian lengkap yang menggabungkan ketenangan, keindahan dan gaya hidup sihat.
Secara keseluruhannya, Novotel Bali Ubud Resort dilihat sebagai antara destinasi percutian paling trending di Bali ketika ini. Dengan konsep healing yang semakin popular, lokasi yang menenangkan serta pelbagai aktiviti menarik, ia sememangnya pilihan tepat bagi mereka yang mencari pengalaman percutian yang lebih bermakna dan menyegarkan.
INFO : Novotel Bali Ubud Resort terletak di Banjar Semaon, Desa Puhu, Payangan Gianyar, Bali, Indonesia. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari https://all.accor.com/hotel/A222







Leave a comment