NH Mall Worldwide secara rasmi telah merasmikan pembukaan pejabat baharunya yang terletak di Shaftsbury Mall, Putrajaya. Majlis perasmian ini berlangsung dengan jayanya dan menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem perniagaan serta jaringan ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Sekretariat Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide dan NH Mall Worldwide, Al Fadhil Ustaz Zawawi bin Ramli. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengerusi DPPUM Putrajaya, Tuan Wan Ahmad Fadhlan, bersama beberapa jemputan utama antaranya Ustaz Haji Idrus, Puan Asma, Timbalan Pengerusi DPPUM Pusat Ariff Fadli bin Abd Wahab, para usahawan, rakan strategik serta pengamal media.

Rakan Kerjasama dari Kiri Tuan Ariff Fadli bin Abdul Wahab (Pengurus Halo Jer Lembah Pantai) kanan ( Al Fadhil Ustaz Zawawi bin Ramli Pengerusi/Pengasas NH Mall Worldwide )
Platform Promosi dan Jaringan Perniagaan
NH Mall Worldwide diwujudkan sebagai sebuah platform yang menyediakan maklumat serta promosi syarikat-syarikat dari Malaysia untuk memperkenalkan produk masing-masing di dalam dan luar negara, selaras dengan undang-undang dan peraturan setiap negara terlibat.
Individu dan syarikat yang berminat untuk menyertai platform ini boleh mengisi borang penyertaan yang telah disediakan. Sebagai kesinambungan kepada inisiatif ini, Majlis Pra-Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide dan NH Mall Worldwide bersama rakan strategik akan diadakan pada 27 Januari 2026.
Manakala pelancaran penuh NH Mall Worldwide dijadualkan berlangsung pada April 2026, dengan lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Gambar Rakan Kerjasama Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide/NH Mall Worldwide) Baju kuning Tuan Albark bin Yunus ( Timbalan Pengerusi Kelab Elektronik Darul Ehsan)
Kerjasama Strategik dan Peluang Perniagaan
NH Mall Worldwide juga sedang giat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta bagi mempromosikan pakej pelancongan dalam dan luar negara, selain membuka peluang kepada syarikat dan produk tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Beberapa memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat antarabangsa terpilih dalam pelbagai sektor industri kecil, sederhana dan berat turut dirancang.
Di pejabat baharu ini, NH Mall Worldwide turut menyediakan platform perkongsian peluang perniagaan, yang menghubungkan pemodal dan peminjam melalui kerjasama strategik bagi membantu perkembangan perniagaan secara beretika dan selamat.
Selain itu, NH Mall Worldwide komited menyediakan maklumat yang tepat bagi melindungi peniaga dan usahawan daripada aktiviti penipuan atau scam yang semakin berleluasa, sekali gus memastikan komuniti perniagaan berada dalam persekitaran yang selamat dan diyakini.

Rakan Kerjasama Dari kiri (Al Fadhil Ustaz Zawawi bin Ramli Pengasas/ Pengerusi NH Mall Worldwide dan KEAW) Dari Kanan (Datuk Seri Mohamed Iqmal Fathie – Pengerusi Dewan Perniagaan Pemuafakatan Malaysia )
Memperkukuh Kesatuan dan Ekonomi Muafakat
Semua komuniti di bawah payung NH Mall Worldwide digalakkan untuk memberikan komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan agenda ekonomi muafakat mampan serta memperkukuh perpaduan rakyat.
Menurut Ustaz Zawawi, kesatuan ini bukan bersifat sementara, malah bertujuan membina ukhuwah dan silaturrahim yang berpanjangan. Sebarang perbezaan pandangan tidak seharusnya memutuskan hubungan permuafakatan. Inisiatif ini merupakan usaha untuk memupuk perpaduan Nusantara serta memperkasa kesatuan ekonomi ummah secara menyeluruh.
Beliau turut berharap agar kerjasama erat bersama Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide dapat berkembang pesat bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta menjadikan projek-projek terpilih lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Pelantikan Wakil dan Pakar Runding
NH Mall Worldwide turut merancang untuk melantik wakil korporat dari seluruh jaringan yang terlibat bagi menganjurkan seminar ekonomi serantau. Selain itu, pakar runding profesional dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, pelaburan dan pembinaan akan dilantik bagi memastikan perancangan strategik dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.
NH Mall Worldwide bukan sekadar berperanan sebagai forum perbincangan, malah menekankan aspek pelaksanaan dan hasil yang memberi manfaat nyata kepada usahawan serta komuniti di bawah Sekretariat Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide.
Maklumat NH Mall Worldwide
NH Mall Worldwide merupakan singkatan kepada Nur Haramain Mall Worldwide, sebuah platform perkhidmatan yang diwujudkan untuk mempromosikan peniaga dan usahawan khususnya di Malaysia serta di peringkat global. Penubuhan pejabat baharu ini memudahkan urusan promosi dan jaringan perniagaan secara bersemuka dan profesional.
Laman web tapak niaga dalam talian NH Mall Worldwide dijangka dilancarkan pada 27 Januari 2026, bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan secara dalam talian dan luar talian.
Aktiviti NH Mall Worldwide
Selain aktiviti perniagaan, NH Mall Worldwide juga berperanan menganjurkan expo, karnival, majlis selawat, program motivasi serta kursus keusahawanan yang memberi manfaat kepada peniaga Muslim dan masyarakat umum.
Sebelum ini, NH Mall Worldwide telah mencipta sejarah apabila menganjurkan Majlis Gema Selawat serentak di Menara Alor Setar dan Menara Kuala Lumpur, bersempena 1 Rejab dan ambang Tahun Baharu 2025, sebagai simbol ukhuwah dan permuafakatan ummah.
Maklumat Perhubungan
Untuk maklumat lanjut mengenai NH Mall Worldwide dan peluang kerjasama perniagaan:
Telefon: 012-579 5418
Emel: nhmallworldwide@gmail.com | seketeriatkeaw@gmail.com
Alamat Pejabat:
Pejabat NH Mall Worldwide
Lot 1-26, Tingkat Satu,
Menara Shaftsbury, Putrajaya











Leave a comment