Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang 2025 sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila 350,000 pengunjung memeriahkan pekarangan Stadium Batu Kawan selama tiga hari, dari 7 hingga 9 November 2025. Edisi kali ini menggabungkan hiburan, gaya hidup sihat dan aktiviti komuniti, menjadikannya antara acara paling meriah di utara tanah air.

Pengunjung menikmati pelbagai aktiviti seperti Street Soccer 3 on 3, cabaran Zumba dan Pound Fitness, Meet & Greet selebriti, pertandingan karaoke dan tarian, aktiviti kanak-kanak, serta Rumah Hantu Tonton Thrill. Buat pertama kali, acara Jom Heboh Fun Run dianjurkan sempena ulang tahun ke-22 karnival, melibatkan hampir 2,000 peserta dalam larian santai 5KM.

Karnival turut dimeriahkan dengan Viper Challenge, demonstrasi khas Komando Malaysia (GGK) serta kehadiran ramai selebriti Media Prima. Pertandingan Karaoke Rangga & Cinta juga menjadi perhatian apabila mencungkil bakat baharu yang mencuri tumpuan.

Selain hiburan, pengunjung turut menikmati pelbagai pameran, promosi menarik daripada agensi serta gerai makanan tempatan. Acara kemuncak, Konsert Jom Heboh selama dua malam, menghangatkan pentas dengan persembahan artis popular seperti Amelina, Aisha Retno, Khai Bahar dan Aina Abdul.

Dengan sambutan luar biasa ini, KJH Pulau Pinang 2025 terus mengukuhkan reputasinya sebagai platform hiburan keluarga terbesar negara yang menyatukan masyarakat melalui aktiviti sihat, meriah dan penuh kegembiraan.

Leave a comment

1,391 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |