Menjelang penghujung tahun, Astro Ria bakal mempersembahkan dua karya terbaharu di bawah jenama Home of Drama — Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma — yang menjanjikan kisah penuh emosi, konflik, dan ketegangan.
Mengisi slot MegaDrama bermula 17 November, Bahagia Yang Tertangguh karya Oka Aurora dan adaptasi novel Rissa Ahdiya mengangkat kisah seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik serta dikongkong oleh kakak iparnya. Terpaksa menjadi isteri “provider”, hidupnya semakin merundum sehingga muncul seorang jiran yang membawa sinar baharu dan keberanian untuk memperjuangkan kebahagiaan sendiri. Drama terbitan iFAME Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh Nad Zainal, Izzue Islam, Rozita Che Wan, Kamal Adli dan Datin Seri Nina Jureen.
Menyusul pada 19 November, Impiana: Karma pula membawa penonton ke dunia penuh misteri dan saspens. Adaptasi novel popular Ain Maisarah ini mengisahkan sekumpulan sahabat lama yang terjebak dengan sebuah syarikat misteri yang menawarkan kejayaan luar biasa — namun dengan harga yang tidak mereka jangka. Apabila impian mula menjadi nyata, mereka sedar setiap kejayaan datang dengan pengorbanan. Terbitan Zeel Production dan arahan Eyra Rahman, drama ini menampilkan Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Adriana Adnan, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Tiz Zaqyah, Nas-T, Aniq Suhair dan Lorenzo Irmann.
Dua drama, dua dunia berbeza — tetapi kedua-duanya menjadi penutup tahun yang penuh debaran dan emosi untuk peminat drama tempatan di Astro Ria.










Leave a comment