Alkisahnyaaa baru baru ini, tular perkongsian dari pengacara, penerbit, penulis lirik dan penyampai radio lelaki Malaysia iaitu Fedtri Yahya mengenai sihir di tempat kerja.
Dalam satu podcast yang menampilkan Fedtri sebagai tetamu, Fedtri menasihatkan agar tidak meninggalkan air di tempat yang ada persaingan seperti di pejabat kerana ia adalah perkara mudah untuk menyebarkan sihir.
Melalui ruangan komen, ramai yang turut berkongsi mengenai perkara ini kerana ia terjadi tanpa disedari kerana perkara tersebut adalah di luar jangkaan minda.
Menerusi perkongsian seorang wanita, dia pernah terkena sihir menerusi air sewaktu minum air yang ditinggalkan di dalam botol minuman di tempat kerja.
Menurutnya, hari tersebut dia telah diberitahu oleh pembantu kebersihan (akak cleaner) bahawa air di pantry tiada kerana menjadi rutin baginya menukar air minuman setiap kali sampai di pejabat pada waktu pagi.
Namun pada hari tersebut, dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meminum air minuman tersebut kerana merasa terlalu haus apabila jam sudah menunjukkan jam 11 pagi.
Apabila meminum air tersebut.. automatik hatinya dan otaknya menjadi kosong sehingga dia tidak boleh mengingati apa-apa pun.
Perasaannya menjadi bergolak apabila dia memaksa dirinya untuk mengingati sesuatu kerana merasakan sesuatu yang tika kena berlaku pada dirinya.
Dalam masa yang sama, seorang ‘rakan baiknya’ tampil datang berulang kali seolah-olah memaksa dirinya memberikan sesuatu maklumat yang sudah lama diminta namun tidak diberikan kerana terlalu confidential.
Dirinya bernasib baik kerana fikirannya pada masa tersebut masih merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya dan meminta ruang privacy walaupun ditekan.
Rentetan dari perkara tersebut, dia sangat bersyukur kerana perkara tersebut tidak berlaku lama apabila dia mendengar azan Zohor.
Walau apa pun sudut pandang—spiritual, psikologi atau budaya—kisah-kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa keselamatan di tempat kerja bukan hanya tentang fizikal, tetapi juga emosi dan spiritual.
Sihir mungkin kedengaran seperti mitos urban, namun realitinya, ramai yang pernah berada dalam situasi pelik yang sukar dijelaskan.
Satu hal yang pasti:
Berjaga-jagalah dengan apa yang kita makan, minum dan percayai.
Kadang-kadang musuh bukan di luar — tetapi di meja sebelah.
Jika anda pernah mengalami kisah seperti ini, satu nasihat penting:
Percaya pada gerak hati, lindungi diri, dan jangan ambil mudah perkara “kecil” seperti air yang ditinggalkan tanpa pengawasan.
Kerana kadang-kadang, dari situlah semuanya bermula.








Leave a comment