Band indie city pop Malaysia, Lokarya, kembali ke arus perdana selepas dua tahun menyepi dengan memperkenalkan semula single mereka “Deruan”—sebuah lagu bernuansa romantik, nostalgik dan melankolik yang dirakam tiga tahun lalu.

Ditubuhkan pada 2019, Lokarya terdiri daripada lima ahli: Shaheth Nair, Khairi Hamidi, Rafael Ahmad, Taka, dan Amirul Zailan. Nama “Lokarya” diambil daripada “lokakarya”, melambangkan proses kolaboratif dan dialog dalam penciptaan muzik mereka.

Identiti muzik Lokarya menggabungkan city pop moden, elemen soul, serta nuansa alternatif, dengan melodi yang membawa nostalgia Jepun 80-an dan visual kontemporari.

“Deruan” diperkenalkan semula setelah Lokarya merasakan mereka kini mempunyai identiti artistik yang lebih matang dan jelas. Persembahan mereka di RIUH x ASEAN turut membuka peluang baharu apabila mendapat sambutan positif daripada penonton.

Lokarya kini dalam fasa akhir menyiapkan album penuh pertama, termasuk kolaborasi istimewa bersama Noh Salleh. Mereka berhasrat membina ruang tersendiri dalam industri dan menghasilkan muzik yang mampu bertahan dan menjadi memori pendengar.

Leave a comment

1,404 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |