The LEGO Group melancarkan kempen perayaan global untuk mengajak keluarga meluangkan lebih banyak masa bersama melalui kegembiraan bermain. Di Malaysia, LEGO bekerjasama dengan 1 Utama Shopping Centre bagi mewujudkan pengalaman imersif penuh keriangan sepanjang musim cuti ini, selain menawarkan promosi istimewa dan aktiviti menarik di LEGO® Certified Stores.
Sebagai sebahagian kempen global, LEGO memperkenalkan sebuah filem pendek menyentuh hati tentang kepentingan bermain dalam mengukuhkan hubungan keluarga. Ia mengisahkan Eddie, remaja 12 tahun yang hilang minat bermain, dan bagaimana adiknya menghidupkan semula semangat itu dengan LEGO® Cataclaws dan ratusan minifigures. Lagu “Hello” oleh Lionel Richie turut diberi nafas baru dalam versi ceria oleh LEGO Holiday Choir, menampilkan watak-watak popular daripada seluruh dunia LEGO.
Di Malaysia, kempen ini turut diteruskan dengan paparan animasi gergasi berwarna-warni di Menara TSLAW pada 4 Disember, menampilkan Cataclaws dan minifigures kegemaran peminat.
LEGO TWINKLE TOWN: HOME OF SANTA’S MAGIC (4–28 DISEMBER 2025, 1 UTAMA)
LEGO mengajak keluarga meneroka dunia penuh magik di Twinkle Town, menampilkan:
AKTIVITI MENARIK
- Santa’s Christmas Factory & Post Office
Daftar masuk dan mula pengembaraan perayaan anda dengan pameran imersif. - Sleigh It!
Bina booster dan aksesori LEGO untuk kereta luncur Santa dan uji kelajuannya. - Gingerbread House Station
Hias rumah roti halia LEGO gergasi dengan kreativiti anda. - #BuildToGive
Bina LEGO Heart dan derma untuk kanak-kanak yang memerlukan. - Tebusan Hadiah
Lengkapkan aktiviti untuk menebus LEGO Ornament Present + baucar RM10.
AKTIVITI HUJUNG MINGGU
- Twinkle Town Magical Show – pertunjukan lampu, muzik & gelembung yang menghidupkan kampung Krismas LEGO.
- Tallest Tree Competition – bina pokok Krismas tertinggi dalam 30 saat.
- Meet & Greet LEGO Santa Mascot
- Hashtag Printing Booth – cetak gambar dengan hashtag #LEGOMY #RebuildTheWorld
PRODUK & PROMOSI MUSIM CUTI
LEGO memperkenalkan set baharu seperti:
- Holiday Express Train (10361)
- Up-Scaled Santa Minifigure (40820)
- Family Christmas Tree (41843)
Panduan hadiah turut disediakan mengikut minat, dan beberapa set ditawarkan dengan diskaun 20% sehingga 31 Disember 2025. Aktiviti dan promosi eksklusif juga berlangsung di LEGO® Certified Stores seluruh negara.













Leave a comment