Ratu Rock Negara, Ella, bakal kembali mengguncang pentas berskala mega menerusi konsert terbaharunya, “Majlis Tertinggi Rockqueen”, yang akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen ini dijangka menjadi antara persembahan terbesar dalam kerjaya Ella, sekaligus meraikan legasi hampir 40 tahun beliau dalam industri muzik.

TEMA KEMANUSIAAN: “PEACE, LOVE & RINDU”
Konsert ini mengetengahkan tiga nilai utama — Peace, Love & Rindu — sebagai simbol perjuangan kemanusiaan yang ingin disampaikan Ella:
- Peace: solidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza
- Love: kesedaran mengenai isu buli dalam institusi pendidikan
- Rindu: dedikasi kepada para penggiat seni tanah air
Ella menjelaskan bahawa konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu gerakan bermakna ketika beliau menyambut usia 60 tahun pada 2026.

TIKET MAMPU MILIK & SUMBANGAN AMAL
Dengan konsep “konsert untuk rakyat”, penganjur menawarkan harga tiket mampu milik tanpa menjejaskan pengalaman audio visual bertaraf tinggi. Setiap pembelian tiket turut disertakan undian untuk memilih tabung sumbangan pilihan:
- Peace (Persatuan Cinta Gaza Malaysia)
- Love (Yayasan Kebajikan Negara)
- Rindu (Yayasan Kebajikan Artis Tanahair)
Setiap undian akan menyumbang RM2 kepada organisasi berkaitan.
CABARAN & SEMANGAT ELLA
Mengakui sudah lama tidak beraksi di pentas sebesar Stadium Nasional Bukit Jalil, Ella melihat konsert ini sebagai cabaran baharu serta pembakar semangatnya. Dedikasinya selama hampir empat dekad menjadi bukti ketabahan seorang ratu rock yang terus komited berkarya untuk peminat.
HARAPAN RATU ROCK NEGARA
Buat peminat dan penggemarnya lama atau baharu, Ella menyimpulkan harapannya dengan dua misi utama. “Harapan saya cuma agar, konsert ini mampu memberi sumbangan sebaiknya kepada pertubuhan amal yang terlibat. Manakala generasi muda kelak akan lahir cemerlang dan berjaya manakala para seniman mampu terus berkarya dan terbela pesannya manja.
“Jangan lupa undi ‘Peace, Love atau Rindu’, dan jumpa di Majlis Tertinggi Rockqueen nanti!”










Leave a comment