Sempena bulan terakhir di tahun 2025 ini, rangkaian kek dan kafe tempatan, Secret Recipe, hadir menceriakan rakyat Malaysia melalui pelancaran kempen baharu mereka, “Make Life Sweeter”.

Dengan membawa mesej bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan sepotong kek, kempen ini hadir bersama pelbagai tawaran manis yang pasti menggembirakan para pelanggan.

Secara tradisinya, kek menjadi pelengkap majlis istimewa seperti hari lahir, perkahwinan dan ulang tahun. Namun, kehidupan ini dipenuhi banyak lagi momen kecil yang wajar diraikan. Secret Recipe ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa tidak kira apa jua sebabnya, semua orang boleh belajar menghargai nikmat kehidupan dengan menemukan hubungan bermakna bersama orang tersayang sambil menikmati sajian yang enak.

Selama lebih 28 tahun, jenama ini telah membuka lebih 365 cawangan di seluruh negara, memastikan akses yang mudah serta kualiti yang konsisten di mana-mana sahaja. Seperti memberikan pelukan hangat kepada insan tersayang, Secret Recipe mahu menjadi ruang di mana rakyat Malaysia merasai suasana nyaman dan mesra melalui kecintaan terhadap kebersamaan. Dengan itu, Secret Recipe bertekad menjadi lokasi pilihan untuk mencipta detik-detik manis bersama.

“Tidak kira sama ada anda mencari tempat untuk mengisi perut atau mencari ketenangan untuk menyiapkan kerja, hidup sentiasa boleh jadi lebih manis dengan singgah ke Secret Recipe. Kami ingin menyemarakkan semula kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan sedap dan pencuci mulut enak, serta menjadikannya momen indulgence di Secret Recipe,” kata Patrick Sim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe.

Untuk menambah kemanisan pengalaman menjamu selera, Secret Recipe turut memperkenalkan dua set hidangan istimewa untuk dine-in, Set Chill dan Set Santai, yang ditawarkan untuk masa terhad.

Leave a comment

1,399 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |