Konsert Pentas Barbarik Live @ Odeon KL yang berlangsung pada 12 Disember lalu menyaksikan Odeon Kuala Lumpur berubah menjadi lautan hitam apabila peminat fanatik Rejim Barbarik membanjiri ruang seawal petang.

Ia bukan sekadar konsert, sebaliknya kehangatannya terasa seperti satu pertemuan besar yang menyatukan perjuangan muzik Barbarik.

Barbarik yang dianggotai Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol tampil dengan persembahan penuh intensiti, disokong sistem audio yang mantap, pencahayaan agresif serta rangkaian lagu bertenaga seperti Peluru Cokelat, Hidup Sederhana, 18000 Sayap, Krisis Dipertengahan dan Hukum Karma yang benar-benar menggegarkan suasana Odeon.

Kemunculan artis jemputan seperti Black, Eddie dan Mel menambahkan elemen nostalgia serta menyatukan generasi di antara semua peminat. Kemuncak emosi menerusi lagu Semalam Yang Hangat dan duet Sendiri. Konsert ditutup penuh simbolik, melambangkan persaudaraan muzik dan kekuatan legasi Barbarik.

Secara keseluruhan, Pentas Barbarik Live @ Odeon KL membuktikan Barbarik masih relevan, berani dan penting sebagai suara jujur yang terus menggugat zon selesa industri muzik tempatan.

Leave a comment

1,404 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |