Penyanyi yang sedang meningkat naik, Malik Choo hadir dengan memperkenalkan sisi baharu dalam perjalanan seninya menerusi single solo ketiga berjudul “Move On”.

Lagu yang mengangkat tema melepaskan masa lalu, mencari kekuatan, dan memilih untuk pulih, sekali gus mencerminkan kematangan emosi serta perkembangan Malik dalam membina kerjaya sebagai seorang artis.

Berbeza daripada dua single terdahulu yang lebih ringan, “Move On” menampilkan pendekatan lebih tegas dan emosional.

Video muziknya pula menampilkan transformasi jelas dengan koreografi tersusun serta gaya persembahan berinspirasikan K-pop yang lebih matang dan berkeyakinan.

“Move On” merupakan hasil kolaborasi barisan profesional industri muzik tempatan, melibatkan Altimet sebagai penulis lirik, Mas Dewangga (penerbit, komposer dan susunan), Jova Devito (penerbit dan komposer), serta Kidd Santhe (komposer, mixing dan mastering).

Single ini menjadi titik perubahan penting buat Malik Choo, sekali gus mengukuhkan potensinya sebagai antara bakat muda yang semakin relevan dalam industri muzik tanah air.

Leave a comment

1,404 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |