Ikon hip hop Malaysia, Joe Flizzow, kembali selepas dua tahun dengan single terbaharu berjudul “501”.

Kemunculan ini menandakan fasa baharu dalam perjalanan seninya yang lebih matang dan yakin.

Lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Joe Flizzow serta diterbitkan oleh SonaOne dan Gard ini mengetengahkan mesej keaslian, ketahanan diri dan kebebasan berkarya melalui lirik yang tajam serta produksi moden.

“501” mengekalkan identiti kuat Joe Flizzow sambil memperlihatkan evolusi arah seninya.

Video muzik rasmi pula menampilkan visual gelap dan penuh emosi, berakhir dengan paparan “To Be Continued” yang memberi petunjuk kepada naratif lebih besar serta karya susulan yang bakal hadir.

Single ini kini boleh distrim di semua platform digital.

Leave a comment

1,404 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |