Insomniacks kembali dengan single “Bersuara”, hasil kolaborasi bersama Yonnyboii, menampilkan sisi lebih heavy, gritty, dan emosional berbanding lagu-lagu mereka tampilkan sebelum ini.

Lagu ‘Bersuara’ membawa mesej keberanian untuk bersuara, mempertahankan harga diri, dan menentang penindasan atau buli.

Menurut insomniacks, lagu ini lahir daripada pengalaman peribadi dan tekanan emosi yang sering dipendam. Yonnyboii pula menganggap lagu ini sebagai luahan dirinya sendiri, sambil memperlihatkan sisi vokal alternatif berbanding rap yang sinonim dengannya.

Lagu ini menjadi ruang selamat untuk pendengar meluahkan emosi, serta peringatan tegas untuk hentikan buli.

“Bersuara” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital mulai 6 Februari 2026.

Leave a comment

1,404 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |