KFC Malaysia memeriahkan musim Tahun Baharu Cina dan Ramadan dengan kempen istimewa yang menggabungkan rasa, kebersamaan dan elemen kreatif menerusi siri baharu Golden Floss serta kolaborasi bersama karakter popular, Quby.
Bermula 3 Februari 2026, KFC memperkenalkan Golden Floss Crunch dan kemunculan semula Golden Floss Zinger Mantou, menampilkan gabungan sos kam heong, chicken floss dan tekstur rangup yang unik. Menu ditawarkan dalam pelbagai kombo bermula RM19.49.

Turut kembali ialah Bucket Kongsi, sesuai untuk reunion dan iftar, lengkap dengan Cereal Cheezy Fries, whipped potato dan coleslaw. Harga bermula RM51.99 dan didatangkan dengan Sampul Raya KFC x Quby selagi stok masih ada (sehingga 9 Mac 2026).
Kolaborasi KFC x Quby turut menampilkan koleksi eksklusif seperti Plush Phone Pouch, Phone Charm blind box dan pelekat khas untuk Chicky Meal. Menu Golden Floss dan koleksi Quby tersedia sehingga 16 Mac 2026.
Raikan musim perayaan dengan lebih meriah di KFC — kerana semuanya lebih nikmat bila “FUUULLL”.








Leave a comment