Penyanyi popular Wany Hasrita kembali dengan single terbaharu berjudul Lembayung Tari yang merupakan sebuah lagu bergenre Pop Etnik dengan menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam susunan muzik penuh emosi dan misteri.

Dicipta oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh, lagu ini menampilkan nuansa etnik kontemporari dengan sentuhan magis yang lembut serta puitis. Lembayung Tari mengangkat metafora senja sebagai simbol ketenangan, keindahan dan penyembuhan jiwa, sekali gus membawa pendengar menyelami emosi melalui irama dan seni gerak.

Menurut Wany Hasrita, lagu ini memberi ruang untuk pendengar berhenti seketika daripada kesibukan hidup dan menikmati ketenangan menerusi muzik.

Diterbitkan oleh Wany Hasrita Entertainment bersama Maison Management dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia, Lembayung Tari kini boleh distrim di semua platform digital utama sejak 6 Februari 2026.

Leave a comment

1,384 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |