Penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, kembali menceriakan Aidilfitri 2026 dengan single Raya terbaharu berjudul “Ya Raya” yang dilancarkan pada 13 Februari 2026. Lagu ciptaan Rudeen dan Exactesy ini tampil dengan gabungan elemen moden dan tradisional, namun masih mengekalkan ‘feel’ klasik Raya yang dekat di hati. Penuh dengan mesej kesyukuran dan kebersamaan, lagu ini memang sesuai jadi soundtrack bila balik kampung atau berkumpul bersama keluarga.

Bella berkongsi, dia terus jatuh hati bila pertama kali dengar demo “Ya Raya” kerana auranya yang positif dan ceria. Walaupun berdepan cabaran merakamkan lagu ketika kurang sihat, Bella tetap beri yang terbaik, terutama pada bahagian korus yang sangat catchy dan mudah buat orang ikut menyanyi sekali.
Menariknya, pelancaran lagu ini turut mendapat sokongan Universal Music Malaysia dan kolaborasi bersama jenama tempatan, Fipper. Gabungan muzik dan gaya hidup Raya ini menjadikan “Ya Raya” bukan sekadar lagu, tetapi sebahagian daripada vibe Aidilfitri yang lebih santai, ceria dan penuh makna.









Leave a comment