Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi, sekali gus menyaksikan pelbagai perancangan berbuka puasa mula diatur bagi mengeratkan silaturahim bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Seiring menyambut kedatangan bulan mulia ini, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie sekali lagi tampil memeriahkan suasana iftar dengan pelbagai juadah istimewa yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat setiap kali Ramadan.
Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan kini memasuki tahun ketiganya dan terus dinantikan ramai, menawarkan pengalaman berbuka puasa yang meraikan kekayaan citarasa tempatan. Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026 bertempat di WARNA All Day Dining.

Mengangkat konsep “rasa yang dekat di hati”, Sajian Darul Ehsan Vol. 3 membawa tetamu mengembara merentasi sembilan daerah di Selangor, menampilkan pelbagai hidangan tradisional yang sarat dengan nostalgia dan kemesraan Ramadan.
Antara tarikan utama bufet ini termasuk Nasi Ambeng Sabak Bernam, Siakap Purbakala Klang, punten Jawa dan sambal taun berkuah Gombak, kambing salai Hulu Langat, gulai kawah daging Sepang, serta stesen live seperti Char Kway Teow, mee kari, asam laksa dan apam balik. Pilihan ulam segar, sambal tradisional, kudap-kudap ala bazar Ramadan serta pencuci mulut klasik seperti wadai kipeng, cendol dan aneka kuih Melayu melengkapkan pengalaman berbuka puasa.
Menurut Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Puvan Abdullah, Sajian Darul Ehsan bukan sekadar hidangan iftar, sebaliknya ruang untuk mencipta detik kebersamaan sambil menghargai warisan tempatan. Chef Eksekutif, Zaharullail Ashari pula menjelaskan setiap menu disediakan berasaskan resipi tradisi Selangor yang dekat dengan jiwa masyarakat.
Harga bufet ditawarkan pada RM158+ seorang dewasa, RM98+ bagi warga emas dan RM68+ untuk kanak-kanak. Pelbagai tawaran istimewa turut disediakan termasuk Early Bird RM128+, Super Deal RM98+ (terhad kepada 500 baucar) serta promosi Beli 10 Percuma 1 untuk tempahan berkumpulan.

Suasana iftar turut diserikan dengan persembahan muzik secara langsung oleh Soul Shadow, selain photo booth dan aktiviti cabutan bertuah, menjadikan setiap malam Ramadan lebih santai dan bermakna.
Sebagai pelengkap, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie turut menawarkan Pakej Staycation Ramadan bermula RM268+, termasuk iftar, bagi mereka yang inginkan pengalaman Ramadan yang lebih lengkap dan selesa.
Tempahan & maklumat lanjut:
WhatsApp WARNA All Day Dining: +6011 3148 2889









Leave a comment