Tahun ini, sambutan Aidilfitri anda sekeluarga bakal lebih meriah dengan Pesta Raya TVS, yang menampilkan pelbagai rancangan menarik dan program istimewa sepanjang musim perayaan. TVS Sarawak (TVS) sekali lagi membuktikan komitmennya untuk memeriahkan suasana raya di rumah penonton dengan kandungan yang dekat di hati.
Pengumuman ini dibuat sempena Sidang Media Rancangan TVS 2026 di Kuala Lumpur, sekali gus memperkenalkan pelbagai drama bersiri dan program khas hasil kerjasama bersama penggiat seni tempatan.
Menurut Ketua Saluran TVS, Mohd Aizal Ibrahim, kandungan tahun ini dirangka untuk lebih dekat dengan penonton, merangkumi pelbagai genre dan cerita yang relevan dengan kehidupan seharian.

“Kami mahu sajikan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh nilai kekeluargaan, budaya, dan realiti masyarakat,” katanya.
Drama & Siri Pilihan Sepanjang Raya
Antara yang paling dinanti ialah kemunculan semula drama ikonik “Gerak Khas 2.0”, yang bakal bersiaran mulai 23 April 2025. Dengan aksi lebih segar dan mencabar di bawah teraju Datuk Yusof Haslam, drama ini dijangka menarik perhatian ramai penonton.
TVS turut membawakan drama “Siti in the City” (mulai 21 April 2025), mengangkat kisah kehidupan urban moden dengan sentuhan emosi yang realistik. Drama ini menampilkan Sweet Qismina, Adam Lee, Puteri Aisyah, Ameer Dawi, Sharifah Zarina, dan Michelle Lungan.
Tidak ketinggalan, drama “Halalkan Aku” yang bakal bersiaran pada Jun 2026 mengupas konflik keluarga dan perkahwinan tanpa kerelaan. Drama bersiri lain seperti “Boneka” dan “The Trap” pula sarat dengan elemen emosi, misteri dan isu semasa seperti jenayah siber, menjanjikan tontonan yang lebih mendebarkan.
Pesta Raya TVS Lebih Ceria
Bagi memeriahkan lagi Aidilfitri, Pesta Raya TVS hadir dengan pelbagai program khas yang sesuai ditonton seisi keluarga, antaranya 3 Mak Dara Musim, Inspirasi Duniamu & Pesta Raya, Istimewa Anggun: Seri Aidilfitri, Filem Pendek Raya: Raya Paling Epik dan MV Raya Paling Epik
Kesemua program ini dirangka untuk mencipta suasana raya yang ceria, hangat, dan bermakna.









Leave a comment