Dua ikon muzik tempatan, Ernie Zakri dan Syamel, kembali berganding menerusi single raya terbaharu berjudul Suasana Raya. Lagu ini merupakan kolaborasi istimewa bersama Hong Kong Tourism Board, dengan penggambaran video muzik dilakukan di beberapa lokasi menarik serta destinasi mesra Muslim di Hong Kong.

Menggabungkan melodi klasik raya dengan sentuhan moden, lagu ini mengangkat keindahan pagi Syawal yang penuh ketenangan, kesyukuran dan kebersamaan keluarga. Antara lokasi yang ditampilkan dalam video muzik termasuk Islamic Centre Canteen, Kowloon Mosque dan taman tema Ocean Park Hong Kong.

Bagi menghargai peminat, kedua-dua penyanyi turut mengadakan sesi tontonan awal video muzik bersama hampir 100 peminat di Aurum Theatre sebelum pelancaran rasmi.

Ernie dan Syamel berharap “Suasana Raya” dapat menjadi antara lagu yang menemani kemeriahan Aidilfitri dan terus dimainkan setiap kali tibanya musim perayaan.

Leave a comment

1,399 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |