Penyanyi terkenal Adira Suhaimi kembali dengan single terbaharu berjudul Sayang Orang Sama, sebuah balada kontemporari yang sarat emosi tentang keikhlasan cinta dan keberanian menerima realiti dalam perhubungan.
Diterbitkan oleh Nova Music Malaysia, lagu ini merupakan hasil kolaborasi komposer Mas Dewangga dan Jova Devito, manakala liriknya ditulis bersama Arisz Abdul Rahman. Lagu ini menonjolkan kekuatan vokal Adira dalam menyampaikan emosi tentang cinta yang tidak semestinya dimiliki sepenuhnya.
Menurut Adira, lagu ini sangat dekat dengan dirinya kerana ia menggambarkan perasaan menerima dan melepaskan dengan tenang demi menjaga hati orang lain.
Menariknya, “Sayang Orang Sama” turut dipilih sebagai lagu runut bunyi drama bersiri Khianat Yang Terpilih yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia. Lagu ini kini boleh distrim di semua platform muzik digital, manakala video muzik rasminya boleh ditonton di YouTube Nova Music Videos.









Leave a comment