Pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil menyemarakkan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi kempen “Joyful Aidilfitri – Together, Here” yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026. Kempen ini menampilkan watak animasi popular Malaysia seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi, sekali gus menjanjikan pengalaman perayaan yang meriah buat seisi keluarga.

Dengan kerjasama Monsta, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang kempen termasuk pertemuan maskot, perarakan watak animasi, tayangan filem khas serta kejohanan Monsta Galaxy Card Tournament yang berlangsung pada beberapa hujung minggu di Centre Court.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati bazar Raya bertema istimewa seperti The Grand Line Raya Bazaar yang diinspirasikan daripada siri popular One Piece, menampilkan gerai makanan, cabaran interaktif serta lokasi bergambar menarik.

Kempen ini turut diserikan dengan aktiviti komuniti seperti bengkel seni batik, pertunjukan fesyen batik oleh pelajar UCSI University, serta Single Mom Market yang memberi peluang kepada usahawan wanita mempromosikan produk mereka.

Dalam semangat Ramadan, Pavilion Bukit Jalil juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, melibatkan kira-kira 600 tetamu.

Sepanjang kempen ini, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai ganjaran membeli-belah termasuk hadiah eksklusif, promosi khas serta cabutan bertuah emas menerusi kempen Spend Big, Win Gold – Raya Super Sale.

Dengan pelbagai aktiviti menarik, bazar meriah dan pengalaman membeli-belah yang lengkap, Pavilion Bukit Jalil mengajak orang ramai meraikan Aidilfitri bersama keluarga sambil mencipta kenangan indah sepanjang musim perayaan.

Leave a comment

1,399 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |