Bersempena Ramadan dan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment tampil dengan inisiatif istimewa menerusi pelancaran tujuh lagu raya yang menampilkan pelbagai genre dan emosi, daripada lagu rancak moden hingga balada yang menyentuh hati.

Kesemua lagu ini turut dihimpunkan dalam sebuah EP khas yang membentuk “universe” raya tersendiri selari dengan tagline Astro Salam Ramadan 2026, “Bila Bersama, Lagi Jadi.”

Antara lagu yang diperkenalkan ialah “Rindu Raya” nyanyian ALPHA yang membawa tema kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman, diikuti “Kampung Kita” oleh Wani Kayrie yang menggambarkan keterujaan pulang beraya.

Kolaborasi Hael Husaini dan ALPHA menerusi “Raya Macam Raya” pula tampil dengan rentak M-Pop yang ceria, manakala Hael turut menghadiahkan single solo “Lagu Raya Untukmu” khas buat peminatnya.

Turut melengkapkan koleksi ini ialah “Duit Raya” nyanyian Sharul Kamal bersama Mierul Aiman yang membawa mesej bahawa Aidilfitri diraikan dengan keikhlasan, bukan semata-mata harta.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah tampil dengan balada menyentuh hati “Senyum Gugur Di Hujung Doa” tentang kerinduan terhadap insan tersayang yang telah tiada, dan Nadeera menerusi “Restu Raya” yang mengetengahkan semangat kebersamaan.

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, setiap lagu raya yang dihasilkan membawa identiti tersendiri namun tetap bersatu dalam semangat Syawal yang meraikan kepelbagaian rasa dan pengalaman masyarakat.

Leave a comment

1,391 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |