Menjelang Syawal, Farahdhiya kembali mencuri perhatian dengan single raya terbaharu berjudul “Eh Ah! Raya”. Lagu ini lahir daripada rasa rindu terhadap kemeriahan Aidilfitri yang penuh warna, gelak tawa dan kebersamaan keluarga.
Digubah bersama Pown Hasril dengan lirik tulisan Farahdhiya sendiri, “Eh Ah! Raya” menggabungkan elemen tradisional seperti rebana dengan sentuhan pop moden yang segar dan mudah melekat di ingatan. Lagu ini turut menampilkan sumbangan Ajay Amai, Glowrush serta suara kanak-kanak yang menambah seri suasana raya.

Menurut Farahdhiya, lagu ini mencerminkan dirinya yang ceria dan ‘playful’, selain diharap menjadi runut bunyi wajib setiap kali menjelang Syawal. Dengan tempo rancak dan korus yang catchy, “Eh Ah! Raya” sesuai mengiringi kemeriahan raya, termasuk menerusi muzik video rasminya yang penuh warna dan elemen tradisi.
Muzik video rasminya yang sarat dengan konsep penuh warna dan elemen tradisi raya turut dilancarkan menerusi saluran YouTube rasmi label tersebut, melengkapkan lagi pengalaman visual dan audio buat peminat.









Leave a comment