Jenama gaya hidup bayi dan keluarga moden, Kays + Kins secara rasmi mengumumkan pembukaan kedai fizikal perdana pertama mereka di Malaysia yang terletak di Pavilion Bukit Jalil.

Pembukaan butik ini menjadi satu langkah besar buat jenama tempatan tersebut selepas berjaya membina komuniti pelanggan setia menerusi platform dalam talian sebelum ini.

Kehadiran butik fizikal itu telah memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat dan merasai sendiri kualiti produk bayi yang terkenal dengan fabrik lembut, selesa dan sesuai dengan cuaca tropika di Asia Tenggara.

Kays + Kins dikenali menerusi koleksi pakaian bayi serta barangan keperluan harian yang mengutamakan keselesaan, fungsi dan rekaan moden yang tidak lapuk ditelan zaman. Setiap helaian pakaian direka menggunakan fabrik berudara dan lembut bagi memastikan keselesaan optimum untuk si kecil sepanjang hari.

Menurut Pengasas Kays + Kins, Karine Low, pembukaan butik tersebut adalah hasil permintaan pelanggan yang mahu merasai sendiri kelembutan fabrik serta melihat perincian seni lukisan tangan yang menjadi identiti jenama itu.

Katanya, butik tersebut bukan sekadar ruang membeli-belah biasa, malah diwujudkan bagi memberikan pengalaman lebih peribadi kepada ibu bapa serta pelanggan yang mencari hadiah istimewa untuk bayi dan keluarga.

Selain menawarkan pakaian bayi premium, butik itu turut menyediakan pelbagai pilihan hadiah termasuk kain bedung muslin buluh, pakaian tidur zip dua hala, peti cenderahati kayu ukiran nama serta koleksi eksklusif yang hanya terdapat di kedai fizikal tersebut. Ia sekali gus menjadikan Kays + Kins destinasi ideal untuk mendapatkan hadiah bagi majlis kelahiran, akikah dan cukur jambul.

Menariknya, ruang butik direka dengan konsep mewah berinspirasikan alam semula jadi yang menampilkan suasana tenang dan mesra keluarga, selari dengan identiti jenama tersebut.

Dalam masa sama, Kays + Kins turut mengekalkan komitmen terhadap kualiti dan keselamatan produk menerusi penggunaan fabrik kapas organik yang memiliki pensijilan GOTS serta OEKO-TEX.

Sempena pembukaan besar-besaran ini, Kays + Kins menawarkan promosi potongan 20 peratus bagi pembelian tiga item sehingga 30 April 2026, tidak termasuk tawaran kelompok tertentu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Kays + Kins

Leave a comment

1,384 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |