RichWorks terus melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan rasmi daripada (MBR) menerusi kategori Largest MSMEs Entrepreneurship Mentoring Program atau Program Mentoring Keusahawanan PMKS Terbesar di Malaysia.
Pengiktirafan tersebut diberikan atas kejayaan RichWorks membimbing seramai 4,302 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sepanjang tempoh 2021 hingga Februari 2026 menerusi program pementoran dan pembangunan usahawan yang dijalankan secara berstruktur dan intensif.
Lebih membanggakan, usahawan di bawah bimbingan RichWorks berjaya merekodkan jualan kumulatif sebanyak RM15.1 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025, sekali gus membuktikan keberkesanan ekosistem pembangunan keusahawanan yang dibina syarikat berkenaan.
Majlis penyerahan pengiktirafan tersebut berlangsung di ibu pejabat RichQ, Shah Alam dan disampaikan oleh pegawai MBR kepada pihak RichWorks sambil disaksikan sebahagian usahawan di bawah bimbingan syarikat itu.
Antara program utama yang menyumbang kepada pencapaian luar biasa tersebut termasuk Program The Titan, Titan Circle Plus ++ dan Spire yang memfokuskan kepada pembangunan strategi bisnes, pemasaran, kepimpinan serta pengukuhan mentaliti usahawan.
Menurut pengasas dan pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman, pengiktirafan itu bukan sekadar rekod angka semata-mata, sebaliknya mencerminkan perubahan menyeluruh yang dialami usahawan dari sudut mindset, kepimpinan dan strategi perniagaan.
Beliau yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dikenali sebagai antara jurulatih keusahawanan dan pakar pemasaran terkenal di Malaysia. Sejak menubuhkan RichWorks pada tahun 2008, beliau telah membantu jutaan peserta daripada pelbagai latar belakang menerusi program pembangunan diri dan latihan keusahawanan.
Perjalanan hidup Datuk Wira Dr Azizan Osman juga penuh cabaran apabila pernah melalui fasa krisis kewangan dan beban hutang besar sebelum bangkit membina semula kehidupan menerusi ilmu pemasaran, jualan dan pembangunan diri.

Pengalaman luas beliau dalam dunia korporat termasuk bersama syarikat pemasaran antarabangsa berpangkalan di London telah membentuk kepakaran dalam bidang pemasaran, kepimpinan dan pembangunan organisasi. Malah, beliau pernah memimpin lebih 1,500 tenaga kerja dalam mengendalikan kempen pemasaran berskala besar melibatkan syarikat PKS dan korporat di seluruh negara.
Sepanjang karier profesionalnya, beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk 14 anugerah prestasi cemerlang serta anugerah tertinggi syarikat iaitu Chairman’s International Platinum Award. Selain itu, beliau juga pernah mendapat bimbingan daripada pakar pemasaran gerila dunia, Jay Conrad Levinson selain tokoh motivasi terkenal dunia seperti Robin Sharma dan Tony Robbins.
Dalam masa sama, RichWorks turut memasuki tahun ke-18 dalam industri pembangunan usahawan dan terus komited memperkukuhkan ekosistem PMKS tempatan menerusi program mentorship berstruktur yang membantu usahawan membina asas kukuh dari segi kepimpinan, strategi dan kejelasan perniagaan.
Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini sekali gus mengukuhkan kedudukan RichWorks sebagai antara organisasi pembangunan keusahawanan paling berpengaruh di Malaysia dalam membantu transformasi usahawan tempatan ke tahap lebih tinggi.








Leave a comment