Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini, ramai menganggap krisis ekonomi, inflasi dan kenaikan kos sara hidup sebagai faktor utama kegagalan sesebuah perniagaan.

Namun menurut pengasas RichWorks Group Holdings Berhad, Datuk wira Azizan Osman salah satu faktor perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh usahawan itu sendiri yang tidak jelas dalam memahami potensi diri, hala tuju perniagaan dan pasaran industri yang diterokai.

Menurut beliau, dalam setiap keadaan ekonomi pasti ada peluang, namun hanya usahawan yang benar-benar memahami kekuatan diri serta perniagaan mampu bertindak dengan lebih strategik.

“Ramai usahawan hari ini bekerja lebih keras dan mencuba pelbagai strategi, namun masih ‘stuck’ kerana keputusan dibuat tanpa kejelasan arah yang tepat,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat ketika RichWorks menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pemegang rekod “Largest MSMEs Entrepreneurship Mentoring Program”.

Pengiktirafan itu melibatkan seramai 4,302 usahawan yang dibimbing RichWorks dari tahun 2021 hingga Februari 2026, sekali gus membuktikan skala besar serta impak program pembangunan keusahawanan yang dijalankan syarikat tersebut.

Majlis penyerahan pengiktirafan itu disampaikan oleh Pegawai MBR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah di ibu pejabat RichWorks, Shah Alam.

Menurut Azizan, ramai usahawan sebenarnya mempunyai potensi besar, namun gagal memanfaatkan peluang kerana tidak memahami “unique advantage” atau kekuatan unik yang mereka miliki dalam pasaran.

“Perbezaan antara usahawan yang berkembang dan yang terus bergelut sangat jelas apabila mereka tahu potensi diri mereka, faham pasaran yang perlu difokuskan dan tahu bagaimana untuk leverage peluang yang ada,” jelasnya.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, RichWorks turut mendedahkan bahawa bisnes di bawah program mentoring mereka berjaya merekodkan lebih RM15.1 bilion hasil jualan kumulatif.

Lebih menarik, terdapat usahawan bimbingan RichWorks yang berjaya mencapai jualan jutaan ringgit setahun malah ada yang mencecah jutaan ringgit sebulan hasil daripada strategi dan pembangunan bisnes yang lebih tersusun.

Sebagai respons kepada cabaran ekonomi semasa, RichWorks turut melancarkan program Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes yang memberi fokus kepada pembangunan kejelasan diri, strategi kewangan dan hala tuju perniagaan.

Program tersebut membantu usahawan memahami kekuatan diri dari aspek kemahiran, pengalaman dan keupayaan selain mengenal pasti peluang pasaran yang lebih tepat untuk pertumbuhan bisnes yang mampan.

Bagi RichWorks, krisis bukan alasan untuk berhenti berkembang. Sebaliknya, ia menjadi peluang untuk usahawan bangkit dengan strategi yang lebih jelas, fokus dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Leave a comment

1,384 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |