Alhamdulillah, tahun ini ramai selebriti dan figura terkenal tanah air diberi peluang menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadah haji, rukun Islam kelima yang menjadi impian setiap umat Islam.

Terbaharu, pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani berkongsi khabar gembira apabila mereka selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Lisa meluahkan rasa syukur dan berharap agar segala urusan ibadah mereka dipermudahkan serta dapat melaksanakan amanah besar itu sebaik mungkin.

Dalam perkongsian penuh emosi dan kesyukuran itu juga, Lisa turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga serta sahabat terdekat yang banyak membantu menyediakan pelbagai kelengkapan dan buah tangan sebelum keberangkatan mereka.

“Hati saya juga diselubungi rasa syukur yang tidak terhingga buat insan-insan mulia yang sangat pemurah memberi pelbagai kelengkapan dan buah tangan bagi memudahkan urusan ibadah saya di sana.

My family and fam-like friends, you know who you are. Love you all lillahi ta’ala. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang melimpah-ruah. Allahumma Aameen,” tulis Lisa.

Turut dikongsikan adalah video perjalanan pasangan ini menuju ke pusat pengumpulan jemaah haji di KLIA. Walaupun jelas terpancar rasa berat hati untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil, wajah pasangan ini tetap tenang dan reda demi menyahut panggilan suci ke Baitullah.

Antara yang paling menyentuh hati ramai ialah luahan Lisa ketika menyerahkan segala urusan keluarga kepada Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

“Perjalanan yang amat bermakna. Saya menyerahkan keluarga tersayang sepenuhnya di bawah jagaan dan perlindungan Allah SWT, sebaik-baik Penjaga. Astawdi’ukumullaha alladhi laa yadi’u wadaa’i’uh. Fi hifzillah.

May Allah SWT grant comfort and contentment in our hearts. I love and miss all of you,” katanya.

Perkongsian tersebut turut dibanjiri doa serta ucapan daripada para peminat dan rakan selebriti yang mendoakan agar urusan haji pasangan ini dipermudahkan serta dikurniakan haji yang mabrur.

Semoga Datuk Yusry, Datin Lisa Surihani dan seluruh jemaah haji Malaysia diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan ibadah serta pulang ke tanah air dengan penuh keberkatan.

Sumber Instagram : Lisa Surihani

Leave a comment

1,384 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |