Bagi anda yang mementingkan kecantikan dan penjagaan diri, Soora Miguhara pasti menjadi pilihan kerana menawarkan produk skincare berkualiti yang membantu menyerlahkan kecantikan semula jadi dengan rutin penjagaan kulit yang selamat, efektif dan sesuai untuk kegunaan harian.
Baru-baru ini, Soora Miguhara telah menganjurkan acara eksklusif “Soora Glow & Flow” di Nadi Tenang sebagai tanda penghargaan kepada komuniti wanita yang sentiasa menyokong jenama kecantikan tersebut.
Dengan tema “Move, Glow & Flow”, acara ini mengetengahkan konsep kecantikan holistik yang bukan sahaja memfokuskan kepada penampilan luaran, malah turut menitikberatkan kesihatan mental, emosi serta gaya hidup sihat dalam kalangan wanita moden.
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah sesi yoga bersama jurulatih profesional dari Nadi Tenang yang membantu peserta mencapai ketenangan minda, meningkatkan fokus serta membina keyakinan diri secara menyeluruh.

Bukan sekadar aktiviti senaman biasa, sesi yoga tersebut turut memberi peluang kepada peserta untuk melepaskan tekanan harian dan menikmati suasana yang lebih tenang serta positif. Ramai peserta berkongsi pengalaman bahawa mereka berasa lebih segar, relaks dan bersemangat selepas mengikuti sesi tersebut.

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Nylea yang berkongsi pandangan mengenai kepentingan penjagaan diri dari aspek luaran dan dalaman.
Menurut Nylea, kecantikan sebenar bukan hanya terletak pada rupa paras semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh cara seseorang menjaga kesihatan, emosi dan keyakinan diri setiap hari. Aura positif yang dibawa figura muda itu nyata memberi inspirasi kepada para peserta untuk lebih menghargai diri sendiri dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Menurut Pengarah Urusan Soora Miguhara, Puan Fatin, acara ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada wanita untuk berehat seketika daripada kesibukan harian sambil meraikan diri mereka bersama komuniti yang positif dan supportive.
Dalam acara tersebut, Soora Miguhara turut memperkenalkan dua produk utama mereka iaitu Rose Collagen Blooming Mist Serum dan Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ yang kini semakin mendapat perhatian pengguna kerana formulanya yang membantu memberikan hidrasi, efek glowing semula jadi serta perlindungan UV untuk kegunaan harian.
Menariknya, produk keluaran Soora Miguhara juga telah menerima pengiktirafan Vegan Certified, sekali gus membuktikan komitmen jenama itu dalam menawarkan produk penjagaan kulit yang lebih selamat, berkualiti dan sesuai dengan gaya hidup kecantikan moden masa kini.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada Nadi Tenang, Petals2u dan Kueh yang bersama-sama menjayakan program penuh inspirasi tersebut.









Leave a comment