Siapa yang tidak mengenali Soora Miguhara? Jenama kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati ramai wanita ini bukan sahaja terkenal dengan rangkaian produk penjagaan kulit berkualiti, malah turut komited memperkasakan keyakinan wanita.

Seiring dengan misinya meraikan kecantikan semula jadi, Soora Miguhara terus mengangkat inspirasi wanita menerusi pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Terbaharu Soora Miguhara telah meraikan lima wanita inspirasi menerusi majlis eksklusif Soora Miguhara Radiant Women 2026 yang berlangsung di Aurum Theatre, The Gardens Mall.

Mengangkat tema Radiant Women 2026, acara berprestij itu mengiktiraf wanita yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, malah menjadi inspirasi menerusi ketabahan, keyakinan dan pengaruh positif kepada masyarakat.

Lima penerima anugerah Top 5 Radiant Women Soora Miguhara 2026 ialah Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris dan Nabila Razali. Kesemua mereka dipilih berdasarkan pencapaian serta kemampuan mengimbangi kerjaya, keluarga dan tanggungjawab sebagai wanita moden.

Menurut Soora Miguhara, pemilihan dibuat bukan kerana populariti semata-mata, sebaliknya mengambil kira perjalanan hidup, disiplin, keberanian dan impak yang dibawa dalam bidang masing-masing, termasuk kesihatan, keusahawanan, seni, kandungan digital dan hiburan.

Pada majlis sama, Soora Miguhara turut melancarkan produk terbaharunya, MIGUHARA Vita Shine Intensive Cream, yang diformulasikan bagi membantu mencerahkan kulit kusam, meratakan tona kulit, mengurangkan penampilan tompok gelap serta memberikan hidrasi untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.

Penganjuran Radiant Women 2026 membuktikan komitmen Soora Miguhara dalam menghargai wanita bukan hanya dari aspek kecantikan luaran, tetapi turut mengangkat kekuatan, keyakinan dan inspirasi yang dibawa oleh mereka kepada masyarakat.

Leave a comment

1,986 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |