DOLLA kembali menyapa peminat dalam DOLLA Exclusive Fan Meet yang diadakan pada 6 Disember 2025 di Sunway Pyramid.
Ia merupakan sebuah acara intim yang meraikan kesetiaan iDOLLAs yang tidak henti-henti memberikan sokongan buat kumpulan trio ini.
Suasana sepanjang Fan Meet ini dipenuhi dengan interaksi intim, sesi beramah mesra, aktiviti kreatif “DOLL-ify” serta jualan barangan eksklusif termasuk Light Stick V2 yang buat pertama kasi rasmi ditampilkan kepada umum.

Ahli DOLLA, termasuk Tabby, Angel, dan Sabronzo berkongsi penghargaan dan keterujaan mereka bertemu peminat secara langsung, mengakui bahawa sokongan iDOLLAs menjadi motivasi utama kumpulan untuk terus menghasilkan muzik dan kandungan baharu.
Mereka turut memberi bayangan bahawa rancangan tahun 2026 yang padat, termasuk festival antarabangsa, album baharu, dan showcase khas untuk peminat.
Acara ini meninggalkan kesan mendalam, mengukuhkan ikatan antara DOLLA dan peminat, serta menjadi detik bermakna sebelum memulakan bab baharu tahun hadapan.









Leave a comment