Memilih peralatan rumah hari ini bukan lagi sekadar tentang prestasi atau harga. Pengguna moden kini lebih menitikberatkan kesesuaian dengan ruang kediaman, rutin harian dan gaya hidup yang sentiasa berubah. Perkara ini amat jelas dalam kategori peralatan dobi, di mana saiz rumah, komposisi keluarga dan kekangan ruang memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan.

Menyedari perubahan ini, Samsung Electronics memperkenalkan rangkaian Bespoke AI — solusi dobi pintar yang direka untuk memberikan pengalaman lebih peribadi, efisien dan fleksibel mengikut keperluan setiap isi rumah.

Bespoke AI Laundry Combo: Dua Fungsi, Satu Unit

Bagi kediaman dengan ruang terhad tetapi memerlukan fungsi basuh dan kering, Bespoke AI Laundry Combo menawarkan penyelesaian all-in-one. Dengan kapasiti basuhan 25kg dan pengeringan 20kg, ia bukan sahaja menjimatkan ruang, malah memudahkan rutin harian.

Tiada lagi proses memindahkan pakaian basah ke mesin pengering. Kini semuanya dapat diselesaikan dalam satu kitaran. Praktikal, pantas dan sesuai untuk gaya hidup sibuk di bandar.

Bespoke AI Laundry Hub: Kapasiti Besar Untuk Keluarga Aktif

Untuk isi rumah yang lebih besar atau kerap melakukan cucian, Bespoke AI Laundry Hub hadir dengan konfigurasi mesin basuh 26kg di bahagian bawah dan pengering 24kg di bahagian atas. Struktur bersepadu ini membolehkan cucian dijalankan secara serentak atau berasingan, memudahkan pengurusan fabrik berbeza dalam satu masa.

Paparan skrin sentuh di bahagian tengah pula menyatukan kawalan kedua-dua unit bagi pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan intuitif.

Bespoke AI Washer & Dryer: Fleksibiliti Mengikut Ruang Anda

Bagi mereka yang mengutamakan fleksibiliti susun atur, unit berdiri sendiri Bespoke AI Washer dan Dryer membolehkan pemasangan secara bertindan, bersebelahan atau di ruang berasingan. Pilihan ini memberi kebebasan untuk menyesuaikan susun atur mengikut perubahan kediaman atau keperluan keluarga dari semasa ke semasa.

Reka bentuknya yang moden dan minimalis turut melengkapkan estetika ruang dobi masa kini.

Cari Padanan Ideal Dengan “Help Me Choose”

Bagi memudahkan proses pemilihan, Samsung turut memperkenalkan ciri digital “Help Me Choose” di laman rasmi mereka. Melalui beberapa pilihan ringkas seperti saiz isi rumah, ruang pemasangan, fungsi pilihan dan warna, pengguna boleh mendapatkan cadangan produk yang paling sesuai dengan gaya hidup masing-masing.

Layari : https://www.samsung.com/my/washers-and-dryers/help-me-choose/

Leave a comment

1,384 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |