Mercure Hotel Kuala Lumpur Glenmarie merupakan hotel bertaraf antarabangsa di bawah rangkaian hospitaliti terkemuka dunia, Accor yang menawarkan gabungan keselesaan moden, layanan mesra dan pengalaman gaya hidup yang memenuhi keperluan pelancong perniagaan serta percutian.

Terletak di lokasi strategik di Glenmarie, Shah Alam, hotel ini menyediakan kemudahan penginapan yang lengkap, ruang acara serba moden serta pelbagai pilihan gastronomi yang menjadikannya destinasi ideal untuk berehat, mengadakan mesyuarat, mahupun meraikan detik-detik istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Berinspirasikan identiti tempatan dengan sentuhan hospitaliti antarabangsa, Mercure Hotel Kuala Lumpur Glenmarie komited memberikan pengalaman yang autentik, selesa dan bermakna kepada setiap tetamu.

Dalam usaha memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan untuk penginapan, gastronomi dan acara sosial, Mercure Hotel Kuala Lumpur Glenmarie memperkenalkan tiga pengalaman menjamu selera baharu yang menawarkan gabungan hidangan premium, suasana eksklusif serta layanan hospitaliti bertaraf antarabangsa.

Inisiatif terbaharu ini bukan sekadar memperkenalkan menu baharu, malah memberi penekanan kepada pengalaman menyeluruh yang menghubungkan keluarga, rakan-rakan dan komuniti melalui sajian berkualiti dalam suasana yang selesa dan penuh bermakna. Sama ada untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja, menikmati hujung minggu bersama keluarga mahupun meraikan detik istimewa di rooftop, setiap pengalaman direka bagi memenuhi gaya hidup moden yang menghargai kebersamaan.

Menurut Pengurus Makanan & Minuman Mercure Hotel Kuala Lumpur Glenmarie, Rizan Bin, setiap hidangan yang disajikan dipilih dengan teliti bagi memastikan tetamu menikmati cita rasa terbaik yang menjadi identiti hotel tersebut.

“Bagi tetamu yang menikmati pengalaman menjamu selera bersama kami, terdapat beberapa hidangan istimewa yang tidak boleh dilepaskan. Untuk Express Lunch Buffet, Grilled Lamb Shoulder merupakan antara menu paling mendapat sambutan, manakala Weekend Hi-Tea Buffet menampilkan Roasted Lamb Leg sebagai hidangan signatur kami. Bagi mereka yang meraikan acara di Urban@13 Rooftop Bar, kami mengesyorkan pakej bufet dipadankan dengan Carlsberg Draught Beer atau sebotol House Wine bagi melengkapkan pengalaman sambutan,” katanya.

Beliau berkata, selain menawarkan kepelbagaian menu tempatan dan antarabangsa, pasukan kulinari hotel turut memberi penekanan terhadap kualiti bahan mentah, persembahan hidangan serta pengalaman menjamu selera yang memenuhi cita rasa pelbagai lapisan tetamu.

Sementara itu, Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Puvan Abdullah, berkata setiap pengalaman menjamu selera di hotel tersebut turut menawarkan nilai tambah kepada pelanggan melalui program kesetiaan global Accor.

Menurut beliau, sebagai sebahagian daripada rangkaian hospitaliti antarabangsa Accor, para tetamu yang menikmati hidangan di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie berpeluang mengumpul mata ganjaran menerusi program ALL – Accor Live Limitless, yang boleh ditebus untuk penginapan, pengalaman gastronomi dan pelbagai manfaat eksklusif di hotel-hotel Accor di seluruh dunia.

“Kami bukan sahaja mahu menyajikan makanan yang lazat, tetapi turut memberikan pengalaman yang memberi nilai kepada setiap kunjungan. Melalui ALL Accor, setiap hidangan yang dinikmati mampu membuka peluang kepada ganjaran dan pengalaman baharu pada masa akan datang,” katanya.

Antara tarikan utama yang diperkenalkan ialah Buffet Party Package di Urban@13 Rooftop Bar, sebuah lokasi bergaya yang menawarkan panorama bandar serta suasana santai untuk pelbagai majlis seperti sambutan hari lahir, majlis korporat, ulang tahun dan reunion. Pakej ini didatangkan lengkap dengan dekorasi bertema, persembahan live band, kek sambutan serta pilihan bufet premium yang menjadikan setiap acara lebih eksklusif tanpa perlu bersusah payah menguruskan persiapan.

Bagi mereka yang mencari pilihan makan tengah hari yang pantas tetapi memuaskan, Express Lunch Buffet di Warna All-Day Dining menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa pada harga berpatutan, sesuai untuk golongan profesional, pelanggan korporat serta individu yang ingin menikmati hidangan berkualiti di tengah kesibukan hari bekerja.

Tidak ketinggalan, Weekend Hi-Tea Buffet pula menjanjikan pengalaman hujung minggu yang lebih santai menerusi pelbagai sajian panas, makanan laut, pencuci mulut dan menu istimewa chef yang sesuai dinikmati bersama keluarga serta sahabat handai. Tawaran istimewa seperti Beli 5 Percuma 1 dan Kanak-kanak Makan Percuma menjadikan bufet ini lebih menarik untuk keluarga yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama.

Dengan gabungan konsep gastronomi moden, layanan mesra, suasana elegan dan nilai yang ditawarkan kepada pelanggan, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie terus memperkukuhkan reputasinya sebagai destinasi gaya hidup yang bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, malah pengalaman menjamu selera yang memenuhi cita rasa pelbagai generasi.

Sambutan Rooftop dengan Buffet Party Package

Lokasi: Urban@13 Rooftop Bar

Berlatarbelakangkan panorama bandar yang memukau dan suasana yang meriah, Buffet Party Package menawarkan penyelesaian lengkap untuk menganjurkan sambutan hari lahir, majlis korporat, reunion dan pelbagai acara istimewa, sementara pasukan hotel menguruskan setiap perincian.

Pakej termasuk :

  • Persembahan live band yang menghidupkan suasana.
  • Hadiah alu-aluan eksklusif untuk semua tetamu.
  • Dekorasi bertema lengkap dengan belon, lampu LED, papan tanda parti dan sudut photobooth.
  • Kek sambutan untuk memeriahkan detik istimewa.
  • Bufet lengkap merangkumi pembuka selera, salad, hidangan utama dan pencuci mulut.
  • Pilihan pakej alkohol dengan satu tong bir draught atau 12 botol house wine.

Harga :

  • RM228+ seorang (Pakej Alkohol) – termasuk 1 tong bir draught.
  • RM168+ seorang (Tanpa Alkohol).
  • Tempahan minimum: 30 orang.

Gabungan lokasi rooftop yang bergaya, sentuhan dekorasi yang menarik dan layanan mesra menjadikan setiap sambutan lebih bermakna dan sukar dilupakan.

Hari Bekerja : Express Lunch Buffet

Lokasi : Warna All-Day Dining

Direka untuk mereka yang sibuk bekerja mahupun pertemuan santai, Express Lunch Buffet menawarkan pilihan makan tengah hari yang lazat dengan nilai yang berpatutan.

Tawaran :

  • RM45+ seorang
  • Beli 5 Percuma 1
  • Isnin hingga Jumaat
  • 12.00 tengah hari – 2.30 petang
  • Tidak termasuk cuti umum.

Nikmati pelbagai hidangan yang menyelerakan dalam suasana santai, sesuai untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja atau sekadar berehat seketika daripada kesibukan harian.

Hujung Minggu Lebih Bermakna dengan Hi-Tea Buffet

Lokasi: Warna All-Day Dining

Hari Sabtu merupakan waktu terbaik untuk memperlahankan rentak kehidupan dan meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan sambil menikmati pelbagai hidangan enak dan pencuci mulut yang menggoda.

Harga:

  • RM75+ (Dewasa)
  • RM55+ (Warga Emas, 60 tahun ke atas)
  • RM38+ (Kanak-kanak, 7–11 tahun)

Tawaran Istimewa:

  • Beli 5 Percuma 1 (Dewasa sahaja)
  • Kanak-kanak makan PERCUMA (11 tahun ke bawah) – sehingga dua orang kanak-kanak bagi setiap meja dengan dua orang dewasa yang membuat bayaran.

Berlangsung setiap hari Sabtu dari 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang, Hi-Tea Buffet menjadi pilihan terbaik untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul, berkongsi cerita dan mencipta kenangan bersama.

Leave a comment

1,986 hits

TOP ARTIKEL

| HAKCIPTA | |ALKISAHNYAAA.COM| | POWERED BY RebornX Ilham Media Network |