ATLAS Vending, cabang perniagaan mesin layan diri Etika Sdn. Bhd., melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ATLAS Nutri Aid sempena Hari Susu Sedunia bagi membantu menangani isu jurang nutrisi dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.
Program yang dilancarkan di The Goodday Milk Factory itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), menggunakan teknologi mesin layan diri pintar untuk membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma kepada murid yang layak.
Selepas kejayaan program perintis di beberapa sekolah, ATLAS akan memperluaskan inisiatif ini dengan penempatan 10 mesin layan diri pintar di sekolah-sekolah terpilih. Sistem kad “tap-and-go” yang disepadukan dengan kalendar persekolahan memastikan agihan susu dibuat secara telus, sistematik dan hanya pada hari persekolahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. & Eksport Antarabangsa, Hemalatha Ragavan, berkata inisiatif itu bertujuan memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada nutrisi harian yang penting tanpa mengira latar belakang ekonomi, sekali gus membantu meningkatkan kehadiran dan tumpuan mereka di sekolah.

Antarabangsa, sempena Majlis Pelancaran Rasmi ATLAS Nutri Aid.
Menurut beliau, program berkenaan turut menyokong usaha menangani masalah “hidden hunger” dan tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak, sejajar dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70 peratus kanak-kanak masih tidak mencapai pengambilan harian Kalsium dan Vitamin D yang disyorkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor, Muhammad Syazwan Mohd. Daut, berkata pemakanan yang seimbang merupakan asas penting kepada perkembangan fizikal dan prestasi pembelajaran kanak-kanak, justeru ATLAS Nutri Aid bukan sahaja menyediakan bantuan nutrisi, malah membuka peluang pendidikan yang lebih saksama.

Melalui kerjasama sektor swasta, agensi pendidikan dan badan kebajikan, ATLAS Nutri Aid diharap menjadi model bantuan berasaskan teknologi yang mampu merapatkan jurang nutrisi dalam kalangan murid serta menyokong pembangunan generasi masa depan negara.








Leave a comment